Macbook Air “Beeping” 3kali



Mungkin masalah ini pernah terjadi kepada anda. Untuk pengetahuan anda, ini berkemungkinan masalah berpunca daripada heat sink anda yang sudah kekeringan thermal compound. Jika dilihatkan pada heat sink untuk macbook air, ianya amat nipis dari pada laptop yang biasa. Jika anda menggunakan laptop macbook air anda tanpa had, ianya akan menyebabkan chipset pada motherboard boleh over heated.
 



Apa yang anda boleh lakukan jika perkara ini berlaku, cuba untuk anda service macbook air tersebut. Buang semua habuk pada kipas dan tukar thermal compound pada chipset dan processor. Jika anda tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan kerja service ini, dinasihatkan untuk anda menghantarnya ke kedai computer yang pakar melakukan service untuk macbook.




Jika cara ini tidak berkesan, ini bermakna ianya berpunca daripada ram macbook air anda. Namun malangnya, Ram untuk macbook air tidak boleh ditanggal dan ianya melekat secara terus di motherboard anda. Keadaan ini yang sering menjadi masalah kepada pengguna macbook air. Kerana mereka perlu mengeluarkan kos sebanyak RM800 untuk menyelesaikan masalah ini.




Jika anda masih mempunyai warranty anda masih boleh menghela nafas lega. Jika tidak, anda terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk membaikpulih motherboard anda.