Macbook Air “Beeping” 3kali



Mungkin masalah ini pernah terjadi kepada anda. Untuk pengetahuan anda, ini berkemungkinan masalah berpunca daripada heat sink anda yang sudah kekeringan thermal compound. Jika dilihatkan pada heat sink untuk macbook air, ianya amat nipis dari pada laptop yang biasa. Jika anda menggunakan laptop macbook air anda tanpa had, ianya akan menyebabkan chipset pada motherboard boleh over heated.
 



Apa yang anda boleh lakukan jika perkara ini berlaku, cuba untuk anda service macbook air tersebut. Buang semua habuk pada kipas dan tukar thermal compound pada chipset dan processor. Jika anda tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan kerja service ini, dinasihatkan untuk anda menghantarnya ke kedai computer yang pakar melakukan service untuk macbook.




Jika cara ini tidak berkesan, ini bermakna ianya berpunca daripada ram macbook air anda. Namun malangnya, Ram untuk macbook air tidak boleh ditanggal dan ianya melekat secara terus di motherboard anda. Keadaan ini yang sering menjadi masalah kepada pengguna macbook air. Kerana mereka perlu mengeluarkan kos sebanyak RM800 untuk menyelesaikan masalah ini.




Jika anda masih mempunyai warranty anda masih boleh menghela nafas lega. Jika tidak, anda terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk membaikpulih motherboard anda.

MAC vs WINDOWS



Ramai yang bertanya apa perbezaan di antara mac dan windows. Untuk itu kami membuat article untuk memberi pendedahan berkenaan perbezaan antara mac dan windows ini. Article ini tidak menyebelahi mana-mana pihak mac atau windows. Sila simpan ini dalam fikiran kerana anda membaca dan berkongsi pendapat anda dalam perbincangan.



Barangan perkakas Mac terlalu mahal tetapi amat berbaloi dengan apa yang anda dapat.



Ramai di antara kita mempertikaikan tentang harga kos mac adalah terlalu tinggi, tetapi pada mereka yang telah lama menggunakan mac ini merasakan ianya tidak merugikan untuk di belanja bagi mendapatkan sebuah komputer yang mempunyai performance yang mantap.

Memang anda boleh katakan bahawa banyak perkakas windows yang lebih murah tetapi lebih mantap daripada perkakas mac. Tetapi terdapat banyak gangguan dari segi kelajuan pemrosessan informasi. Jika anda menggunakan Mac OS, anda boleh rasakan bertapa pantasnya sesebuah komputer mac memproses informasi.



Ini adalah kerana Mac OS telah dicipta hanya untuk perkakas yang di khaskan untuk komputer MAC sahaja. Segala yang terisi di dalam sebuah komputer MAC telah ditetapkan dan tidak boleh diubah sesuka hati. Ianya menjadikan komputer MAC amat istimewa.


Windows memberi kemudahan yang fleksibel.



Berbanding dengan komputer MAC, Windows secara semulajadi telah menawarkan kepada penggunanya untuk menaiktaraf perkakas dalam mengikut kehenda penggunanya. Oleh disebabkan itu, hampir 98% pengguna PC windows lebih gemar menggunakan sistem os windows kerana mereka boleh menaiktaraf perkakas dalaman komputer mereka mengikut peredaran zaman teknologi.


Windows adalah tulang belakang PC mana-mana. 98% daripada kita membesar di PC, atau menggunakan komputer setiap hari, sama ada di rumah atau di tempat kerja. Windows adalah fleksibel dalam hal itu, merasai segala-galanya daripada permainan terkini. Anda boleh membeli PC pra-dibina dengan Windows dari beratus-ratus penjual atau membina  sendiri dari awal dengan beribu-ribu bahagian yang berlainan. pada masa yang sama, anda boleh membina sebuah PC yang sesuai dengan semua keperluan anda dengan sempurna. Fleksibiliti itu penting, walaupun datang pada harga yang berbeza.


Sistem operasi yang mudah digunakan.


Mac mempunyai reputasi sebagai pilihan yang lebih intuitif. Tetapi jika anda bertanya kepada segelintir pengguna Windows anda akan mendapati bahawa mereka menganggap platform ini pasti lebih sukar untuk difahami. Kami percaya ia mungkin kerana sesetengah pengguna windows lebih biasa menggunakan sistem GUI (graphics user interface) windows. Tetapi ada juga segelintir yang biasa menggunakan kedua-dunya. 

Secara mudahnya, jika anda membiasakan diri untuk menggunakan kedua-dua jenis sistem operasi, pastinya tiada lagi isu yang mengatakan sistem operasi apple sukar untuk di gunakan.


Jika diikutkan peredaran zaman kini, windows juga sudah memperbaharui sistem operasi mereka melalui Windows 8. Banyak yang di ubah di dalam sistem ini. Namun ianya tetap juga mudah untuk difahami kerana hanya beberapa fungsi sahaja diubah. Contoh yang mudah kita nampak dari segi fungsi Start bar. Jika kita lihat dari Windows 7 ke bawah, kita di biasakan dengan start button pada start bar.


Berbeza dengan windows 8 ianya sudah di ubah menjadi start menu, tiada lagi start bar yang seperti di sediakan pada windows 7 dan sebelumnya. Ini menjadi masalah kepada mereka yang sudah biasa dengan start bar kerana start menu sukar untuk di gunakan bagi mereka yang malas untuk mempelajari perkara baru.

 


Secara kesimpulannya, jika anda ingin menerima perkara yang baru, anda perlu untuk mempelajarinya. Teknologi hari ini sudah semakin laju berkembang. Jika kita masih lambat untuk mempelajari perkara baru, maka kita akan mengalami kelewatan menerima perkembangan teknologi ini. Selamat mencuba, dan semoga BERHASIL!!

Repair Ipad Digitizer


Selain laptop, kami juga menerima ipad untuk dibaiki. kebanyakan ipad yang dihantar mempunyai masalah seperti di atas..macam2 kes yang kami terima seperti ipad terjatuh, tercampak, terbuang, terpecah sendiri dan sebagainya..kebiasaannya casing Ipad sangat rapuh dan mudah terdedah dengan risiko patah, pecah..so kesimpulannya, hati-hati kalau nak bawak Ipad ke mana pun..


Ipad yang sudah siap di'repair'....kami sangat gembira dapat menyelesaikan masalah ipad mereka..

cik puan ni adalah salah seorang customer kami yang telah berjaya kami repair ipadnya...senyum sampai ke telinga selepas melihat ipadnya siap repair

artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack, laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah, ok computer solution, Ipad, Ipad 2, I pad, I pad 2

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Cara mudah mengenali jenis komputer Mac yang anda gunakan


Salam sejahtra buat semua pembaca Gudang Mac. Atas permintaan ramai, kami membuat article untuk memudahkan anda untuk mengenal jenis mac atau macbook.

Untuk mengetahui jenis-jenis Mac terdapat pelbagai cara. Kami mempunyai cara yang mudah dan efektif untuk anda semua.

Anda boleh mengenalinya dengan hanya melihat pada model no yang terdapat di bahagian bawah (untuk macbook) dan belakang (untuk imac atau macpro).


Daripada nombor model ini anda boleh kenali jenis dan spesifikasi macbook anda. Anda hanya perlu pergi ke google search dan taip nombor model contoh : A1466.

Secara mudahnya, kami menyediakan senarai yang menunjukan lebih jelas mengikut nombor model. Anda boleh rujuk di link di bawah ini. Selamat mencuba dan semoga berhasil!!

Mac Version

Apple Macbook Battery





Bateri merupakan komponen yang utama pada mana-mana peranti mudah alih, tetapi adakah anda tahu bahawa penyelenggaraan bateri adalah penting untuk mengekalkan MacBook anda sihat? Dengan penyenggaraan dan penetapan, anda boleh menyimpan bateri komputer anda berfungsi secara optimum, memberikan anda lebih banyak manfaat apabila di mana sahaja. Teruskan membaca, dan kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk mengekalkan betul bateri anda.




Terdapat pelbagai cara untuk anda mengekalkan prestasi bateri macbook anda. Seperti melakukan kalibrasi atau calibrate. Contohnya, jika anda menggunakan macbook anda dengan bateri pada sepanjang masa, amatlah disarankan untuk anda untuk charge dan discharge laptop anda dengan kerap.




Jika anda jarang sekali menggunakan bateri, kami cadangkan anda untuk melakukan proses discharging bateri anda secara menyeluruh (sehingga habis) dan charge ianya semula sehingga penuh sekurang-kurangnya sebulan sekali.




Jika anda kerap menggunakan bateri anda bersama dengan charger sepanjang masa, anda tidak perlu untuk melakukan proses discharging bateri anda secara kerap.



Kalibrasi Bateri



Setiap bateri mempunyai cip kecil yang memberikan butiran mengenai charge dan kitaran discharge ke komputer. Untuk memastikan bateri anda beroperasi pada kecekapan maksimum, dan untuk memastikan bahawa paparan peratusan bateri / masa pada skrin adalah tepat, anda perlu melakukan kalibrasi bateri dari semasa ke semasa. kalibrasi ini perlu dilakukan apabila anda mula-mula membeli macbook anda, dan kemudian setiap beberapa bulan kemudiannya. Jika anda jarang menggunakan bateri, maka anda hanya perlu melakukan proses ini sekurang-kurangnya sekali sebulan.


Untuk Mac yang lama (iBooks dan PowerBook G4S selain PowerBook G4 15 "Double-Layer SuperDrive), ikuti langkah-langkah ini:



  1. Pasangkan charger anda dan charge laptop anda sehingga penunjuk bateri pada laptop anda tidak berlampu dan plug pada adapter anda menjadi hijau.
  2. Cabutkan charger anda dan gunakan iBook atau Powerbook anda. Apabila bateri anda sudah rendah, anda akan lihat dialog amaran bateri rendah pada skrin. Teruskan menggunakan komputer anda sehingga ia berada di dalam mode sleep. Pada ketika itu bateri telah disalirkan secukupnya untuk kalibrasi.
  3. Sambungkan charger anda dan tinggalkan ia bersambung sehingga bateri dicas sepenuhnya.
Penting: Anda hanya perlu melakukan proses charge dan discharge hanya jika anda ingin melakukan kalibrasi sahaja. Setelah itu anda boleh pasang atau cabut charger anda pada bila-bila masa.


Untuk Mac yang lebih baru (15 inci Double-Layer SD, semua model MacBook, dan semua model MacBook Pro), ikuti langkah berikut:


  1. Pasangkan charger anda dan charge bateri PowerBook anda sehingga LED pada charger anda bertukar ke hijau dan meter pada skrin di bar menu menunjukkan bateri dicas sepenuhnya.
  2. Biarkan laptop anda bersama charger sekurang-kurangnya dua jam. Anda teruskan melakukan kerja anda tanpa mencabut charger.
  3. Cabutkan charger anda dan biarkan komputer anda menggunakan kuasa bateri. Anda boleh menggunakan komputer anda pada masa ini. Sehingga bateri anda menjadi rendah, dialog amaran bateri rendah muncul pada skrin.
  4. Pada ketika ini, simpan segala kerja anda. dan terus menggunakan komputer anda, apabila bateri mendapat sangat rendah, komputer akan secara automatik akan pergi ke sleep mode.
  5. Matikan komputer atau biarkan ianya di dalam sleep mode dalam masa 5jam atau lebih.
  6. Pasangkan charger anda dan biarkan ianya dicas sepenuhnya.


Apple MagSafe


Adapter kuasa untuk komputer riba Apple berasaskan Intel boleh didapati dalam 45W, 60W, 85W. Walaupun anda perlu sentiasa menggunakan penyesuai watt yang sesuai untuk komputer riba Apple anda, anda boleh juga menggunakan watt yang lebih tinggi tanpa sebarang isu.




Sebagai contoh Jika anda mempunyai MacBook (13 inci lewat 2009) yang biasanya menggunakan penyesuai 60W, anda juga boleh menggunakan penyesuai 85W dengan komputer itu. Namun anda tidak akan boleh menggunakan 45W pada komputer itu, kerana ia tidak akan memberikan kuasa yang mencukupi untuk MacBook itu.

Menggunakan penyesuai watt lebih tinggi daripada penyesuai yang dikhaskan untuk komputer tersebut tidak akan menyebabkan komputer anda untuk mengecas yang lebih cepat daripada menggunakan penyesuai yang dikhaskan untuk komputer.

Setiap penyesuai MagSafe terdiri daripada tiga bahgian, anda bolih memilih untuk samada menggunakan Adapter dan kord AC, atau Adapter dan plug AC atau "Duckhead". Cable AC dan palam AC mungkin kelihatan berlainan daripada contoh di bawah berdasarkan kepada lokasi anda.

Adapter

AC Kord

 plug AC atau "Duckhead"


Macbook Pro

Macbook Pro
Komputer riba ciptaan Apple iaitu Apple Macbook Pro adalah antara komputer riba yang mempunyai keupayaan untuk menandingi komputer desktop tidak kiralah dari PC ataupun Mac. Ia mampu membuka pelbagai aplikasi tanpa sebarang masalah dan juga berbakti dengan hebat kepada penggunanya. Walaupun tidak selansing Apple Macbook Air namun Apple Macbook Pro tidaklah pula besar gedabak sangat kerana ia masih lagi saiz yang relevan untuk sesebuah komputer riba untuk diusung ke sana dan ke mari tanpa sebarang masalah. Malah ia juga membekalkan lebih port dan juga mempunyai slot untuk kad memori kemera digital.
Dikuasakan dengan cip prosessor Intel i7,i5 juga 13 dan kad grafik yang tidak kurang hebatnya, Apple Macbook Pro ini memang direka untuk mereka yang dahagakan sebuah komputer riba yang mempunyai kuasa sejati. Sesuai untuk mereka yang gilakan permainan video, pereka grafik, editor video dan jugak penggila aplikasi yang memerlukan komputer mereka berupaya untuk menanggung beban kerja berat tanpa sebarang masalah.
Antara penambah-baikan terkini pada model Apple Macbook Pro adalah Thunderbolt , di mana ia mempunyai keupayaan untuk memindahkan data dengan sangat pantas seperti peranti mudah alih dan produk apple yang terkini iaitu Cinema Display monitors.