Macbook Air
Macbook Air adalah antara produk mac yang paling mudah alih
dan langsing serta menawan ternyata mengiurkan mata-mata yang memandang malahan
boleh dikatakan produk mampu milik untuk kategori produk Mac (Apple). bermula
dengan harga serendah USD999 untuk model 11 inchi dan Apple Macbook Air juga
menawarkan model 13 inchi namun masih lagi dengan pakej lansing dan menawannya
dengan ketebalan maksimum hanya 1.7cm sahaja.
Selain dari itu kelebihan Apple Macbook Air adalah kerana
mempunyai flash memory storage atau lebih mudah dikenali sebagai SSD Solis
State Drive ianya bagi menggantikan cakera keras. Namun begitu, kapasiti
ruangan data amatlah terhad berbanding dengan HDD. Untuk mendapatkan kapasiti
SSD yang besar, kos yang di keluarkan amat tinggi berbanding dengan HDD.
Walaubagaimanapun, dengan perubahan itu telah menyebabkan Apple Macbook Air ini
bukan sahaja mempunyai kepantasan yang sangat pantas ketika menulis atau
mengakses data tetapi ia juga sangat senyap. Kekurangannya hanyalah pilihan
ports dan connectors sahaja. Jika korang memerlukan port lebih mungkin korang
boleh mencuba Apple Macbook Pro yang sedikit besar.


Secara kesimpulannya, Macbook Air ini amat sesuai bagi
mereka yang inginkan laptop yang kecil serta ringan tetapi mempunyai kuasa yang
hebat. dengan ketebalan yang nipis serta ringan, ianya menjadi kegilaan para
pengguna.